Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin .

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog ku yang dihormati tak lupa juga kepada haters - haters saya . Saya rasa lom rasa terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin  yang mengenali saya . Huh raya tahun saya beraya di sabak bernam selangor . ari jumaat petang aritu saya dah balik mengunakan motosikal kerana abah mintak saya balik awal sebab kena jaga nenek kat kampung sampai kat kampung saya macam biasa akan cari nenek saya pastu salam dan semua la . seronok jugak la balik jadi kuli kemas umah sempena nak raya letih jugak la mana tak yang kemas umah sebesar banglo 1 tingkat tu dua orang sahaja . petang masa buka saya dan pakcik saya palingbanyak minum air huh ada dlm 2 jug kitaorang bantai maklum letih bebenornya . 

Ok skip la raya pertama kami lepas beraya sama sendiri kami terus je ke tanjung karang untuk jumpa saudara - mara kami . seronok jugak sebab ramai anak buah lama jugak kitaorang beraya dari pk 11 pagi hingga 7 mlm maklum lama tak jumpa saudara . hari kedua pulak beraya di sungai besar ala dekat je tapi sampai tengahari sebab umi letih . pastu raya ketiga program nya nak ikut baraan tapi hajat tak sampai bangun pk 10.00 pagi owg baraan datang umah ada la . ehem solat subuh saya solat tau pastu bantai tido balik hehehehe. 

Raya keempat saya dan keluarga dah balik bangi sebab nak beraya dengan keluarga belah umi plak patut nya tahun ne balik kelantan tapi dek saudara - mara ada kat shah alam jadi kitaorang plan bercuti di pangkalan balak huh mak ai seronok bebenor pantai nya saya dan adik beradik tak sempat mandi laut sebab layan anak buah nak mandi je ank buah merengek nak didukung ah takpe asal aku happy sudah pastu siap main bola tampar pulak huh tup tup team saya menang apa lagi kitaorang buka hamper yang kitaorang beli pastu makan ramai ramai . 

raya kelima saya dan keluarga balik bangi semula sebab adik perempuan nak kena antar balik perlis dah isnin dia ada kelas dah sama la dengan saya . apa pun raya tahun terbaik sebab dapat beraya kepada 2 buah keluarga belah ayah dan belah ibu hehehe duit raya banyak jugak dapat tapi dah habis wat beli peralatan belajar. ok la guys saya dah ngantuk mata dah tido ok selamat malam semua owh yea kepada ma yang tercinta selamat malam syg mimpi pa tau hehehehe romantik tak aku ok bye :) 

Comments

Popular Posts