Nyawa ku masih panjang .

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog ku yang dihormati . Alamdulillah Allah Taala telah memberikan saya peluang untuk mencari amalan di atas muka bumi yang fana ini . Tentu korang semua pelik kan kenapa saya berkata begitu . Saya pun dah lama tak update kat blog ne sebab saya baru sembuh dari kemalangan motosikal tu yang lama tak update ne . Saya ceritakan la . Pada 2 minggu yang lepas hari sabtu saya dan rakan - rakan sekolej telah berkonvoi ke port dikson untuk berpicnic di sana . Pada pukul 7.30 pagi kami semua telah bertolak dari kajang melalui highway lekas . nak di jadikan cerita saya sakit perut masa masuk toll setul jadi saya berhenti la untuk ke tandas . Saya beritahu kawan 2 saya gerak dulu saya leh kejar . Selepas melepaskan hajat saya pun sambung ride memang laju saya bawak ada speed 100 maintain sampai susur masuk ke seremban saya nampak kawan 2 saya tu saya pelik kenapa diorang slow sebab saya tengok flyover nak masuk seremban tak tajam . then saya baru belajar main corner then saya nak test la ilmu yang dipelajari rupa - rupa saya dah salah nampak selekoh saya ingat bentuk U jadi saya corner dalam speed 80 dah masuk line selekoh baru saya tahu yang selekoh berbentuk o jadi dalam kepala add 2 perkara yang saya pikir   speed  up atau break kecemasan . Jadi nak Allah tujukkan supaya saya idup lagi saya telah mengambil keputusan break kecemasan kerana flyover itu tinggi di dalam 15 kaki kalau saya speed dibuat tak lepas saya akan jatuh dari flyover tu . Jadi saya break kecemasan tapi apa kan daya speed 80 nak atau tak langgar divider tepi jalan tersebut mula moto langgar dulu impak nya saya terjatuh ke tepi dan badan saya belah kiri belakang terhentam di besi penghadang jalan tersebut dan terus terduduk di atas jalan . Disaat itu juga  saya rasa degupan jantung saya berdegup sekali , 2 kali , 3 kali , 4 kali dan kembali normal . Dalam kepala saya , saya akan mati saya akan mati tapi Allah masih panjangkan umur saya . Saya amat berterima kasih dengan rakan - rakan kolej saya yang bertindak dengan cepat iaitu berbual dengan saya supaya tak pengsan . Saya dimasukkan didalam hospital berada di zon kuning . Alhamdilillah saya tiada kecederaan tulang patah cuma kaki kiri bengkak dan tisu hujung kaki koyak dan otot belakang bengkak . Keadaan Motosikal saya amat teruk fork depan bengkok nombor plate hilang double stand rosak pemijak kaki bengkok dan coverset ada pecah sikit . Disini saya akan upload gambar moto saya tu


Comments

Popular Posts