Diriku :)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog saya . Nama saya Muhammad Adam . saya student kolej komuniti bentong . asal saya Bandar Baru Bangi kalau tak tahu juga senang kata saya orang kajang la heheheh :) . saya anak yang  sulong dan mempunyai dua lagi adik di bawah saya seorang gadis seorang jejaka . Saya bekas pelajar SMK Bandar Baru Bangi dan SMK Seri Indah . Saya disekolah tak adalah pelajar yang macho macam ketua pelajar saya . saya cuma pelajar kelas bawah yang tidak berapa pandai . maklum la dulu nakal kan . Selepas form 3 saya hanya dapat keputusan yang biasa biasa  sahaja . Masa cuti saya dah plan tahun seterusnya saya nak jadi pengakap raja dan pelajar yang cemerlang . tapi semua tu terkubur sebab mak saya telah memindahkan saya ke sekolah yang dia ajar . huh seminggu saya merajuk duduk dalam bilik kan . akhirnya saya terpaksa akur juga dengan keputusan itu . Di sekolah baru saya SMK Seri Indah dekat seri kembangan serdang . saya di tempatkan di kelas 4IK2 atau lebih dikenali dengan nama kelas budak account  second . korang bayangkan saya belajar dengan kawan mak saya sendiri . huh lain rasannya . 
Mula - mula saya masuk ada rasa malu malu selepas seminggu saya dah ada kawan nama nya Saravana bavan my best friend . jadi saya dengan dia satu kepala tapi kitaorang baik tak buat hal nak buat hal macam mana saya ni anak cikgu sekolah tu nanti ape pulak orang kata ank cikgu perangai macam ank kera tak ke malu mak saya . Selepas Spm saya keje kat Restoran Molek seksen 7 shah alam restoren mak saudara huh tiap tiap malam saya lepak kat ICT sampai pukul 5,30 pagi . dan untuk maklumat semua saya kaki game . apabila tiba result spm keluar saya berhenti keje then saya ambik result spm saya alhamdulliah saya lulus semua . and sekarang saya belajar dekat Kolej Komuniti Bentong . huh jauh kan saya belajar hahahah padahal tak jauh mana pun  . Korang semua tahu mana terletak kolej ni ai terletak di kawasan lebuhraya kematian atau lebih dikenali lebuhraya karak . tapi tak ada sebelah highway ia kena lalu pekan jugak senang kata jalan lama nak ke temerloh ia berdekatan situ la . Masa mendaftar  di kolej komuniti saya ternampak seorang budak sekolah lama saya acai  huh terkejut jugak jumpa kawan sekolah SMKBBB lama ingat tak jumpa dah lepas sekarang saya dengan dia dah 1 sem duduk rumah sewa sama pulak tu hehehe walaupun tak member dengan dia sekarang ok la . sekarang tengah menghabiskan sem 2 pulak huh tinggal lagi 2 sem lepas tu sambung poli . ohh lupa pulak saya kat sini ambik course IT . member saya pulak elektrik . huh ok la sampai disini dulu nanti saya update lagi Asalamualiakum semua 

Comments

Popular Posts