Bangun Lewat
Asalamualaikum kepada pembaca blog yang di hormati . Sejak saya naik moto pegi kolej selalu bangun lewat hahaha . sebab malam saya lepak kat depan rumah bersama housemate berbual sampai pukul 1.00 pagi lepas itu baru masuk hehehe. padahal sahaja je . Tadi malasnya nak gi kolej sebab hari ini kelas habis pukul 5.30 petang huh letih letih tahap dewa nya . hari jumaat dan sabtu ada citizen pulak . tadi lepas bangun terus mandi dan gerak member yang sedang tido lena .lepas tu tunggu kejap sambil panaskan enjin moto . lepas itu kunci rumah terus bawak 80 sampai kolej tapi kawan saya untung la sebab dia naik Yamaha LC baru boleh lenjan sampai 100 saya ni pulak naik moto Honda wave r je nak lejan pun 80 je kalau 90 coverset bergegar . banyak jugak lori yang lalu lalang . tapi semalam dua kali hampir eksiden first kes toyota 4by4 berhenti secara tiba tiba mujur moto tu ada break disc kalau tak ada dah lama aku sodok 4by 4 . second 4by4 pulak halang laluan aku dia nak masuk simpang time kereta banyak lalulalang mujur sempat break then kereta bmw kat belakang break jugak mujur kereta mahal kalau tak aku di sodoknya berasap jugak jalan tengok bmw break kecemasan .lepas itu dia keluar marah aku aku ckp bukan salah aku lepas dia tanya salah siapa aku salah 4by4 tu lepas itu dia bertekak dengan driver 4by4 . mujur tak terjadi apa huh lepas ni taubat tak nak bawak laju laju kecuali kecemasan :) Alhamdulliah Allah memberi ku peluang untuk hidup di dunia ni .


Comments
Post a Comment